Dasar Privasi
Maklumat apakah yang kami kumpul?
Kami akan mengumpul semua maklumat apabila anda mendaftar di portal gedung membeli belah secara online ini ketika anda membuat tempahan, melanggan risalah kami atau mengisi borang.
Apabila mendaftar dan membuat tempahan, anda dikehendaki memasukkan nama anda, alamat e-mel, alamat, nombor telefon atau maklumat kad kredit dengan tepat. Bagaimanapun, anda boleh melawat ke portal ini tanpa mendaftar.
Apakah yang kami lakukan melalui maklumat tentang diri anda?
Antara maklumat yang kami kumpul akan digunakan untuk tujuan tertentu seperti salah satu daripada berikut:
- Untuk memperibadikan pengalaman anda – maklumat anda dapat membantu kami mengenali lebih mendalam mengenai keinginan seseorang pengguna itu.
- Untuk menambahbaik portal ini - kami akan cuba sedaya upaya memperbaikinya menggunakan maklumat dan maklum balas yang diterima daripada anda.
- Untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan - maklumat anda dapat membantu kami untuk lebih efektif dalam menepati permintaan khidmat pelanggan, dan sokongan anda amat diperlukan.
- Untuk memproses transaksi – maklumat anda, tidak kira sulit mahupun terbuka, ianya tidak akan dijual, ditukar, dipindah, atau diberi kepada pihak lain atas apa alasan sekalipun tanpa persetujuan anda. Ia hanyalah untuk tujuan penyerahan produk yang dibeli atau perkhidmatan yang diminta.
- Bagi menguruskan pertandingan, promosi, soal selidik atau ciri laman lain.
- Untuk menghantar e-mel berkala.
- Alamat e-mel yang anda beri untuk memproses pesanan hanya akan digunakan untuk menghantar maklumat dan kemaskini yang berkaitan dengan pesanan saja.
- Jika mendaftar dengan kami, anda akan menerima e-mel berkenaan berita syarikat, maklumat terkini mengenai produk atau perkhidmatan dan sebagainya.
Bagaimana kami melindungi maklumat anda?
Kami melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi anda apabila membuat pesanan.
Kami menawarkan penggunaan pelayaran yang selamat. Kesemua maklumat sensitif yang anda beri terutamanya maklumat kad kredit/debit dihantar menggunakan teknologi Lapisan Soket Selamat (SSL) yang kemudiannya disulitkan ke dalam pangkalan data 'gateway' penyedia perkhidmatan bayaran kami. Ia hanya boleh dicapai oleh mereka yang mempunyai hak akses khusus ke atas sistem seperti ini. Kami diwajibkan untuk menjaga maklumat ini dengan sulit.
Adakah kami menggunakan cookies?
Ya, cookies adalah fail kecil iaitu satu halaman yang memberikan perkhidmatan pemindahan ke cakera keras komputer anda melalui pelayan (dengan kebenaran anda). Ini adalah untuk membolehkan laman web atau sistem pembekal perkhidmatan mengenal pasti pelayar anda untuk mendapatkan dan mengingati maklumat tertentu.
Kami menggunakan cookies untuk membantu mengingati dan memproses item bagi carta pembelian, memahami dan menyimpan keutamaan anda. Ia bagi memudahkan anda membuat lawatan di masa hadapan serta membuat kompilasi data agregat mengenai trafik dan interaksi halaman supaya kami dapat menawarkan pendekatan dan pengalaman melayari laman web kami dengan lebih baik.
Apakah kita mendedahkan maklumat kepada pihak luar?
Kami tidak akan sekali-kali menjual, berdagang, atau mengalihkan maklumat peribadi anda kepada pihak lain. Bagaimanapun, ini tidak termasuk pihak ketiga yang dipercayai dalam membantu kami mengendalikan laman web ini, menjalani perniagaan kami, atau melayani anda, dan mana-mana pihak yang bersetuju menjaga segala maklumat ini dengan sulit. Kami juga boleh melepaskan maklumat yang berkaitan saja, dengan tujuan untuk mematuhi undang-undang, melaksanakan polisi laman web kami, atau melindungi hak kami atau orang lain, harta, atau keselamatan. Namun, maklumat pengunjung yang tidak peribadi mungkin akan diberikan kepada pihak lain sebagai kegunaan pemasaran, iklan, atau pengunaan lain.
Pautan pihak ketiga
Adakalanya, kami akan mengunakan atau menawarkan produk dan perkhidmatan pihak ketiga di laman web ini. Walau bagaimanapun pihak ketiga mempunyai polisi persendirian yang berlainan dan bebas. Oleh itu, kami tidak bertanggungjawab atau berkewajipan terhadap mana-mana kandungan yang berkaitan dan aktiviti di laman kami.
Terma dan Syarat
Sila lawati Terma Penggunaan yang menjelaskan mengenai penggunaan, penolakan dan batasan tanggungjawab yang ditetapkan bagi penggunaan di laman kami di MyMetroMall.com.my.
Kebenaran anda
Dengan menggunakan laman web kami, anda menyetujui polisi sulit kami.
Jika kami memutuskan untuk mengubah polisi sulit, kami akan mengemas kini kedua-dua perubahan di dalam halaman ini dan mengemas kini tarikh pengubahsuaian polisi sulit di atas.
Bolehkah saya membatalkan atau menukar tempahan yang sudah dilakukan?
Tidak, bagi setiap barangan atau perkhidmatan yang dibeli dan sudah melalui proses pembayaran diterima tidak boleh dibatalkan atau diubah. Oleh itu, pastikan pesanan dibuat dengan teliti sebelum meneruskannya.