Email address is invalid!

Mengenai MyMetroMall

MyMetromall portal membeli belah secara online yang dibangunkan oleh The New Straits Times Press (M) Berhad di bawah inisiatif akhbar nombor satu di Malaysia, Harian Metro dengan harapan dapat menarik lebih ramai masyarakat menggunakan Internet untuk membeli belah sejajar dengan pemodenan era digital yang kita lalui hari ini.

Membeli belah secara online adalah proses perdagangan elektronik yang membolehkan konsumer membeli secara langsung menerusi Internet. Manakala penjual mendapat peluang memperluaskan pasarannya yang tidak terhad di dalam negara malah ke seluruh pelusuk dunia.

Dengan kekuatan jumlah pembaca akhbar Harian Metro iaitu kira-kira 3.2 juta orang dan 40 juta pembaca laman webnya di www.hmetro.com.my, diperkukuh pula dengan faktor penembusan jalur lebar yang kini lebih 50 peratus isi rumah di Malaysia sudah dilengkapi dengan penyambungan berkelajuan tinggi, semua itu menjadi pendorong kepada akhbar nombor satu ini untuk memperkenalkan portal membeli belah secara online.

Matlamatnya hanyalah untuk memudahkan orang ramai mendapatkan barangan yang dikehendaki dengan hanya mengklik di hujung jari, di samping memberi ruang perniagaan kepada sesiapa saja yang memiliki produk dan perkhidmatan untuk didagangkan.

Pelbagai produk dan perkhidmatan ditawarkan di portal ini. Bilangannya akan ditambah dari masa ke semasa. Harganya pula dijamin lebih rendah dari pasaran biasa. Sistem pembayarannya juga mudah dan menyokong beberapa kaedah termasuk kad kredit, debit, perbankan online, paypal dan sebagainya. Setiap transaksi pelanggan dijamin selamat apabila ia dilapisi oleh beberapa sistem keselamatan yang terbaik dalam industri.

Mengapa Membeli di MyMetroMall

MUDAH! Hanya klik dihujung jari, anda sudah berada di pusat membeli belah maya.

JIMAT! Pelbagai produk dan perkhidmatan ditawarkan dengan diskaun sehingga 80%, anda pasti tidak menyesal.

SELAMAT! Sistem pembayaran kami dijamin selamat, anda tidak akan kerugian.

TEPAT! Hantaran terus ke pintu rumah anda atau alamat yang anda berikan.